MAKLUMAT UTAMA VALETCHANTEK


Valetchantek diilhamkan pada JUN 2017 atas inisiatif sekumpulan usahawan bumiputera yang terlibat dalam bidang pembuatan produk kosmetik tempatan.


Mengambil kira kekurangan jualan secara “ONLINE” dan keselamatan produk kepada pengguna ini maka lahirlah idea menyediakan platform untuk para pengguna mencuba dan merasai tekstur kualiti produk dahulu sebelum membeli, solusi kepada permasalahan ini adalah platform VALETCHANTEK. Maka dengan adanya Valetchantek ini para pengguna dapat datang dan mencuba dahulu produk tempatan yang diletakkan di butik kami untuk membantu mereka supaya tidak membuat kesilapan dalam membeli produk tempatan.


Menjadikan ValetChantek sebagai satu platform kecantikan ulung bagi produk tempatan.


Membawa jenama tempatan ke luar negara dengan platform ValetChantek.


Memberi peluang kepada pengusaha produk baru dalam menaikkan hasil jualan dan membantu dari segi "market placement" melalui ValetChantek.


Membantu usahawan-usahawan produk kecantikan tempatan untuk memasarkan produk mereka ke platform yang lebih tinggi / luas dengan kolaborasi tempatan dan antarabangsa ValetChantek.


Mewujudkan kerjasama secara sihat diantara semua vendor-vendor untuk berada di dalam satu platfom bagi berinteraksi dan bertukar pandangan dengan event-event yang dirancang dan diadakan oleh ValetChantek.


Menyediakan platform jualan offline kepada usahawan-usahawan produk kosmetik


Menyediakan portal online bersepadu bagi memudahkan pembelian kepada pengguna.


Menyediakan platform bagi pengguna mencuba produk-produk tempatan sebelum membeli.


Memastikan produk-produk tempatan yang berada di dalam ValetChantek adalah asli dan selamat digunakan.


Menyediakan maklumat trend terkini dan informasi terkini dalam bidang kecantikan / makeup.


Menyediakan perunding kecantikan yang mahir bagi pengguna mendapatkan khidmat rundingan mengenai kecantikan.